2 Jan 2012

~Cara-cara utk meningkatkn metabolisme badan~

Actually, ap benda METABOLISME ni??

METABOLISME adaalh proses keupayaan pembakaran kalori ketika semua anggota badan melakukan aktiviti termasuklah ketika bernafas, proses penghadaman dan peredaran darah.

Semakin meningkat usia seseorang, semakin sukar untuk mengawal berat badan kerana berlaku perubahan pada tahap metabolisme badan.
Perubahan ini berlaku disebabkan penurunan tahap metabolisme melalui faktor umur, jantina, genetik, tekanan, dan juga jumlah senaman yang dilakukan oleh seseorang individu tersebut. Mereka yang mempunyai kurang lemak dalam badan, umumnya mempunyai metabolisme yang lebih tinggi...(ak ni kategori metabolisme rendah,mkn da sket, tp berat x jgk turun)..so, jom kte kongsi beberape tips yg ak research utk meningkatkn metabolisme bdn kte..antaranya

1. Makan Dengan teratur,
Apabila kita makan, secara automatiknya meningkatkan kadar metabolisme badan untuk proses penghadaman makanan.Jangan skip any meals cthnye xnk amek breakfast la..no no no..

2. Bersenam
Apabila anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, anda akan meningkatkan kadar metabolisme anda dalam tempoh 24 jam berikutnya. Contohnya berjalan lebih jauh apabila anda pergi membeli-belah, menggunakan tangga daripada menggunakan lif dan melakukan lebih banyak aktiviti di sekitar rumah(bercucuk tanam, menyapu, menyiram pokok bunga dan sebagainya). Semua ini boleh membantu meningkatkan metabolisme anda. sebenarnye kalo nk lebih enjoy, pegila shopping..haha~memg dpt exercise scr x sedar, tp x bestnye risiko berbelanja lebih mungkn terjadi..so, jgn bwk duit byk2 g shopping ye, bwk air byk2 xpe,,amat bagos.. :P


3. Minum banyak air 
Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4 Makan lebih protein 
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

5. Minum teh hijau (Green Tea) 
Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

6. Perangi lemak dengan serat (fiber)
Serat boleh meningkatkan pembakaran lemak anda sebanyak 30 peratus. Kajian mendapati bahawa mereka yang makan paling banyak serat ialah yang paling sedikit berat dari masa ke masa. Sasarkan sekitar 25 gram sehari - dalam jumlah tiga hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.

2 comments:

  1. walaupun org kata saya kurus. tpi saya ttap takut gemuk:P hehe...

    ReplyDelete
  2. untung la die sbb kurus..huhu~sy masih sdg berusaha ni nk cpai berat ideal.. 53-55kg..2 la, ble da gemok bru jumpe quote ni 'lose weight when u're ready, not when u're fat'..:P..pianggg~terkena diri sendiri..huhu

    ReplyDelete