2 Dec 2015

Berjinak-jinak sebagai Personal Shopper

Assalamualaikum semua ^__^

Actually, i nak maklumkan kepada kawan2 yg kebetulan singgah  baca di blog sy, bahawasanya saya disini sedang melakukan bisnes kecil-kecilan di sini..Kebanyakan barang yg selalunya customer order adalah barangan Tefal..memandangkan rumah yang saya diami ini berdekatanan dengan Manchester Fort, so, ia memberi peluang pada saya untuk melakukan bisnes ..alhamdulillah..masuk bulan ni, dah masuk Trip yang ke3 sudah pun di hantar ke Malaysia..

So, kepada sesiapa yang berminat untuk melihat barangan yang saya jual dari UK ke Malaysia, anda semua boleh singgah di FB Page sy https://www.facebook.com/Shoppe.UK .. atau boleh add saya di facebook arejar_88@hotmail.com (Hajar Hasan)

Antara barangan yang saya jual adalah barangan/brand Tefal, Philips, Tommee Tippee, NEXT, H&M, Mark & Spencer, Primark, Clarks, GAP, Dune London, Karrimor, Adidas, Nike dan banyakkkkk lagi, bergantung kepada request dari anda.. Harga barangan yang saya paparkan adalah termasuk harga shipping dan pos laju..

Kebiasaanya, saya akan menggunakan perkhidmatan Royal Mail International Tracked untuk pembelian seperti pakaian, wallet, dan kasut.. Manakala untuk barangan yang agak berat dan besar, saya akan menggunakan perkhidmatan kapal kargo (sea freight)

---Pakaian, wallet, dan kasut - Royal Mail International Tracked (ETA within 7-10 days)
---Cookware, electrical equipment, handbag - Sea Freight (ETA within 5-8 weeks)

So, apa tunggu lagi, jom la terjah FB page saya ^__^
Untuk live shopping dengan saya, anda boleh whatsapp no +44 7405586563

Tataaa, have a nice day uolls!


4 Nov 2015

Salam perantauan dari bumi Manchester

Salam kawan2, berjumpa lagi kita di sni (perasan ada org baca , haaha)

Ada few of my friend yg request mintak aku buat blog utk share pengalaman aku sepanjang menetap sementara di Manchester, UK.. well, actually, blog ni da lama da pon wujud, hehe, tapi aku ni memg malas sket nk mengarang, ..tapi since skrg ni da jadi housewife, keletah anak2 pon belum muncul di depan mata (tlg doakan aku ye , muahhh), so aku pon kembali berblog. Haa gitewww...Banyak sgt tujuan aku ni decide nk kembali berblog..antaranya adalah utk share journey aku sebagai salah seorg TTCian.. TTC tu maknanya Trying To Conceive (incase ada yang x pernah dengar).., then tujuan lain share pengalaman merantau..InsyaAllah, aku akan stay di sini selama 3-4 tahun.. tak de lama sangat, segan plak rasenye nk share pengalaman yg x selama mana,hihi

4 Oktober 2015- Aku dan suami selamat tiba di bumi Manchester. Ketibaan kami disambut oleh seorang wakil ajk Malaysian Community of Cheetham Hill (MCCH) di Manchester Airport. Dari sana, kami terus dibawa ke rumah sewa yang bakal kami duduki. Sewa rumah kami dlm 550pound sebulan.. so, mcm ni la rumah kami, land lord kami orang Pakistan, dia da bermastautin cni, da beranak pinak da pon kt UK ni,







Camni je rumah kami, asalkan boleh duduk, dan murah..overall bagi kami ok je, cuma nk kna biasakan diri dengan tandas yang lantainya xboleh basah, demo jgn wat darak plak deh, kt sini, tandas jnis tandas kering, jangan sesekali basuh tandas, kang roboh rumah, haha.. 

Weekend minggu pertama, kami berjalan-jalan ke Chelford Car Boot Sale, barang2 yg dijual memg murah, jacket winter pon boleh dapat dlm 1-2pound sahaja, tu pon blh bargain lagi :), so, kami memang sambar banyak helai jugak baju termasuk winter jacket, knitted shirt, kasut, thermal wear, gloves dll, fuhh, rambang mata u dalam kesejukan..haha

cuaca mendung je suhu lebih kurang 7-8c terketar makk

(abaikan anjing yang santai dalam stroller tu :p )

Weekend 2nd week plak kami ke Bowlers Giant Indoor Car Boot..Bermula musim autumn -winter berakhir, memang tak banyak akan diadakan car boot, sejukk kottt..so, yang ada hanyalah indoor car boot..tapi kat bowlers ni bagi aku (ehh, aku plak, lantak la labu) tak best sangat, barang-barang pon limited, tapi barang vintage sangat banyak dijual..malangnya aku ini bukanlah seorang penggemar barangan vintage, hehe...




antara gerai yang paling banyak jual barang vintage

    
newspaper tahun 1950an pun ada jual, huhuhu, da kuning da, kalo aku, da lama wat bungkus nasik, xsempat jadi kuning pun..haha..ada sorang mamat ni excited gila dapat beli paper tu, byk kali he said 'thank u, thank u'..ak ternganga bila tgk dia beli paper yg da menguning n terkoyak2 da tu, ..well, minat masing2 kan.. why bother bak kata azwan ali..hihi

so, sampai sini la dulu story kita ye, next time kita sambung lagi, babaiii!















30 Oct 2015

PCOS episod 01

salam kawan2, ingatkan dapat buat 1 post utk 1 hari, tiba2 i terbusy plak, hehe, sibuk dgn bisnes yang baru 2 minggu tgh beroperasi, alang2 da kat UK ni, org ckp rugi x meniaga barang2 dari UK, so ak pon menyahut cabaran dan saranan itu ..haha..dari duk ternak lemak kt umah tu, baik ternak duit sama. hihi..insyaAllah..

So, berbalik pada tajuk postku hari ni, aku nk share rentetan kisah(ayat skema) aku didiagnosis sebagai PCOS..

26 Januari 2013 - Aku selamat diijabkabulkan,alhamdulillah.. mase ni , ak da lama x datang haid, tp ak x pikir sgt tentang tu, sebab ak da biasa period x regular, ak bertunang bln 7 2012, so, since that date, ak x datang haid, ak pikir tu kesan dari ak stress pikir nk kawen n dalam mase tu, ak tengah study Master.. so, utk pengetahuan korang, tu memang normal bagi ak, kalo ak stress, memg hormon tu akan cepat terkesan, then memg period ak akan jd delay ( tu pon salah satu simptom PCOS, tp ak xtau mase tu, huhu, my bad )

March 2013 - Aku masih lagi belum datang period..husband dah pikir aku maybe da pregnant, tapi dalam hati ak kuat mengatakan ak TAK PREGNANT, tp ak try la juga buat UPT, dan hasilnya memg resultnya adalah -VE :(.... dua2 hampa..huhu..then aku decide aku nk start terus treatment dgn doc. 1st doc yang ak jumpa adalah di Klinik Saujana, Bukit Katil, Melaka..masa ni doc buat ultrasound je , tak de bg apa2 ubat..doc ckp 'xpe, u awal lagi kawen, maybe perubahan hormon, enjoy your honeymoon dulu'..tapi aku x puas hati, ak decide nk ke klinik lain

April 2013 - Aku ke Klinik Amal & Surgeri di Bukit Katil, Melaka..then , disini la episod bermulanya kisah PCOS aku,. mcm biasa mase nama ak dipanggil utk berjumpa doc, ak beritahu masalah period aku yg memang x regular sejak mula2 ak datang period darjah 6 dulu..then, doc buat ultrasound, hasilnya doc kesan ada pearl2 kecil di kilang telur aku, Doc tu keluarkan surat rujukan pada ak utk ak terus buat rawatan di klinik pakar O & G..so, dari situ, doc cakap kemungkinan aku ada PCOS berdasarkan simptom2 yg aku ada..antaranya :
         - Haid datang x regular
         - Berat badan naik mendadak
         - Telur/ovum yang x matang seperti pearl seperti yg nmpk pada ultrasound aku

3 simptom ni cukup ketara pada diri aku, terus ak rasa down sgt2 sampai ak memg x boleh nk tido malam tu..ak tau husband ak pon rasa benda yg sama.. waaaa~

ok la, cukup sampai situ dulu ye, sambung plak next entry.. (rugi plak x catat awal2 journey ni, mak lupeee daa uu, huhu)





15 Oct 2015

Allah knows better than us

Anak

Yup!word ni yg selalu bermain di mulut,di fikiran,mahu pun di hati..well,sape x nak anak kan,kalo da kahwin tu maknanya memg u da ready utk beranak pinak,sedia pikul tanggungjawab sbg ibu,bapa,isteri,suami dan sewaktu dgnnya..

Bila org asyik bertanya,kadang2 rase nk diam je ,xyah cakap apa2,tp lama kang org ckp sombong plak,over sensitive plak,so ku layankan sajaa..

Actually,antara reason ku kembali berblog,adalah untuk share apa yg golongan TTC mcm ak ni lalui.blh dikatakan bnda ni cam diary,tp yg bezanya,semua org blh baca..

PCOS

Yup!I'm one of lucky person yg dipilih oleh Allah utk mengalaminya.kenapa ak ckp 'lucky'??suka sangat ke ada PCOS?(Sila google sendiri apa itu PCOS)

Ehh,no no no

Bukan tu mksud ak,lucky I mean in term of kebergantungan ak kpd Allah dlm usaha utk menerima zuriat. .tipu kalo ak ckp ak xpernah menangis,x pernah merintih,stress hanya kerana ak yakin Allah tu sebaik2 perancang,pemberi rezeki..ak pon manusia biasa.yg kalah dgn emosi dan nafsu sendiri..nangis tu byk Kali da..baik dlm ati/luaran.


Tapi,one good thing I realised behind semua yg Allah uji ak,adalah Allah nk tgk sejauh mana ak berusaha meminta padaNya,merayu,memperbanyakkan sedekah,beristighfar,bersangka baik dgn org,dgn Allah dalam usaha TTC ak.(deep smile)..mungkin pahit pada mulanya,akan terasa kemanisan pada hujungnya..aamiin..insyaallah.


Dahulu,setiap kali org timbulkan isu anak,ak rase nk melenting,nk tunjuk protes terhadap soalan tu,tapi ada seorang hamba Allah,yg telah sedarkan ak,dia pon TTC hampir 2 tahun.Dia nasihatkan ak,'hajar,jika ada sesiapa yg tanya pasal anak,hajar jgn rasa nk marah dia,nk maki dia,sebaliknya,hajar minta org tu doakan utk hajar supaya dikurniakan zuriat,kita xtau doa dari siapa yg makbul,mungkin dari org yg kita sgt benci'...Ya Allah,mase tu ak rase terkedu,rase berdosa,bersalah dalam diri sbb buruk sangka pada org yg bertanya..to akak berkenaan,sy terima kasih sgt2,sbb nasihat akak plg berbekas dalam hati sy..insyaAllah,sy akan lebih redha dlm setiap ujian dari Allah..

Next post,ak akan cite mcm mne n bila bermulanya ak di diagnosis mempunyai PCOS..

14 Oct 2015

It's a new life,new chapter,new environment!

Pejam celik da nak masuk 3 tahun aku selamat bergelar isteri kepada Mohamad Nai'm.cepatnyeee rase..

Ehhh....

Upenye da lama aku x update blog.huuu..yg sbnrnyeee,sbb ak....

LUPA PASSWORD!!!

Adeiii..ni masalah ak yg utama jgk.selalu lupa apa2 password,ohhh,my bad..

Actually, masuk arini,da hari ke 11 aku berada di bumi Manchester,UK..skrg ni masih lg dlm musim autumn.tp aku da menggigil,huhhhu.cmne la nanti kalo da masuk winter..mohon Allah beri kemudahan untuk segala urusan..aamiin..

15 May 2012

CRASH DIET??




Apakah itu diet mendadak? Kita semua tahu, diet mendadak adalah sesuatu yang ekstrim tetapi definisi sebenar diet mendadak adalah:


- Pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang


- Defisit kalori 50% atau lebih (contoh: DCR anda ialah 2500, tetapi anda hanya mengambil 1250 kalori atau kurang dari itu.





Apa itu crash diet? Pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang … 

Jadi apakah keburukannya?


Diet secara mendadak memang tidak di galakkan oleh ramai pihak, kerana: 

1. Fatigue: mengurangkan tubuh anda dari nutrisi-nutrisi penting akan menyebabkan badan anda lemah dan tidak bermaya. Tubuh anda akan mengalama hibernasi, kerana ia cuba menyimpan tenaga tetapi tidak mencukupi. Malah, anda sebenarnya membakar kurang lemak dari yang anda jangka.

2. Kecederaan: sama seperti atlit yang kepenatan, tahap kepenatan ini akan menyebabkan tubuh anda lebih tercenderung untuk cedera; lebih-lebih lagi jika anda melakukan aktiviti fizikalori ketika diet yang yang mendadak. 

3. Diet mendadak tidak kekal: Masalah utama diet mendadak ini adalah, ia tidak dapat diamalkan untuk jangka masa yang panjang dan ia amat menyakitkan serta menyusahkan. Ramai yang bersusah payah untuk 12 minggu dan selepas itu, kembali ke cara pemakanan yang dahulu dan menambahkan kembali berat yang telah dihilangkan. Ini dinamakan diet yo-yo. 

4. Mudah sakit: Kita semua sedar, apabila tubuh kita kekurangan nutrisi-nutrisi penting, pertahanan tubuh kita akan menjadi lemah untuk melawan virus. 

5. Kehilangan otot: Anda memang akan kehilangan lemak, tetetapi, tanpa anda sedari, anda juga akan kehilangan otot.

sumber dari Kevin Zahri website

    11 Jan 2012

    6 Tips Tingkatkan Motivasi Untuk Bersenam Secara Konsisten

    Haa, entry kali ni, ttg tips utk kte bersenam scra konsisten,..so, kat bwh ni ad 6 tips semuanya..blh amalkan..sy sdg mengamalkannya skrg, anda ble lg??hehe~

    1. Sentiasa Membayangkan Diri Anda.

    Cuba letakkan diri anda di situasi anda sudah berjaya mencapai matlamat yang anda inginkan. Iaitu mengurangkan berat badan.Mesti ms tgk tv, kte tgk model tu model ni, pergh~cair beb..dah la cun, body lawa..kuang3~so, ap kate korang imagine korg jd mcm model2 tu?yg lelaki, imagine yg model lelaki laa..hoho~jgn duk gedik imagine yg pompuan plak..

    Apabila korang melakukan imaginasi secara dengan lebih terperinci, ia akan tersimpan di dalam pemikiran separuh sedar anda (subconscious mind). Apabila ia sentiasa diulang-ulang setiap hari, korang secara automatik akan mendapat keinginan yang kuat untuk melakukan senaman.

    2. Jadikan Gambar sebagai pencetus.

    Sebenarnye ini bkn la teknik kegemaran ak..haha~dri ltak gamba model2 lawa 2, baek ak ltak gmba ma ayah ak, dpt gak pahala..agaga~tp kalo korang sume nk cube gak teknik ni, blh je..dipersilakan..

    care plg sng korang nk buat, jadikan gmbar idaman td sbg desktop backgound anda..sngkan?memg konpem la ari2 duk ngadap laptop/PC kan?nk tgk fb lg, ceramah ustaz Azhar Idrus lg..hehe~tp xkesah pon mane2, kalo ltak kat dinding, malaikat x masuk plak kn?so, pk la tmpat mane yg sesuai n selalu dilihat..


    3. Start Small And Have Fun!tadaa~

    Terutama sekali apabila korang baru sahaja ingin melakukan senaman. Apabila korang merasa sedikit sakit, mungkin korang tidak bersemangat untuk melakukannya keesokan hari. Mula secara perlahan-lahan.

    Sebagai contoh, sekiranya korang berjoging, tidak perlu melakukan 10km sekaligus. Mulakan joging 1km hingga 2 km. Apabila korang merasakan ia terlalu mudah, tambah kilometer keesokan harinya. Dan kemudian sekiranya korang ingin melakukan lebih lagi, korang boleh menambah kilometer atau korang juga boleh merekodkan masa supaya korang boleh memperbaikinya setiap kali berjoging.

    cthnye yg laen, kalo nk buat sit up, jgn paksa diri utk terus buat 50x sekaligus, terik la urat perot korang nanti, melainkan korang da biase..mcm ak, ak start dgn 30x, 2 pon sbb ak memg da biase buat mase mude remaja dlu..so, ble da dewasa sket ni, alhamdulillah, still lg mampu..so, ble da biase wat 30x, next 2 week, tingkatkan jd 40x..n seterusnya 50x, n seterusnya bla..bla..bla..(letak je la berape kali korang nk buat)

    Nk lg fun n x boring??sng je, pasang earfon, bkak lagu, mesti korang akn rase enjoy je, sedar x sedar da setengah jam korang duk exercise..sngkan?simple je..lagi bagos, dgr alunan zikir, dpt jgk pahala,  :)..

    4. Dapatkan teman workout atau jurulatih.

    Antara faktor luaran yang boleh push kte untuk melakukan workout semestinya ialah rakan/jurulatih anda. Apabila kte mempunyai rakan, kte akan menjadi lebih berdisiplin untuk bersenam. ble kte nampak da x bersemangat, diaorg la yg akn push kte..

    Kalo dlm Herbalife, setiap sorang consumer, akan ad sorang Personal Wellness Coach, haa..best kan??diaorg ni akn sentiasa push korang, pantau perkembangan korang utk make sure dpt ap yg kte nk capai..

    Sebenarnye kte akn jd lebih seronok ble ad bersame dgn kawan2 yg jga dlm misi yg same iaitu nk kurangkan berat badan..ak xnk panggil misi:utk kurus..sbb, rase cm obvious sgt perkataan kurus, nmpak cm x sihat..haha~so, ak lebih suke gunakan perkataan slim atau kurangkan berat badan..haha~

    5. Lakukan apa yang anda suka.

    Kalo ak, ak lebih suke buat di rumah, dlm bilik, hehe, sbb xyah pakai tudung..nape dlm bilik??sbb ak nk org tgk hasil ak, bkn stakat usaha..kalo tgk usaha, mesti mcm2 akn ad perkataan negatif cthnye:'alaa, kalo joging, sit up, tp x turun2 gak berat, wat letih je'..haa..ni yg ak xnk dgr..perkataan negatif..so, jauhilah org yg bercakap negatif, always think positive!yeah!

    Pilih senaman atau sukan yang kte suka dan mahir. Kemudian lakukannya dengan lebih efektif dan efisyen untuk mendapat keputusan yang memuaskan. ak suke buat sit up n berlari setempat,..(^_^)Y

    6. Jadikan ia sebagai satu rutin hidupan anda.

    Tidak guna sekiranya kte menjadikan senaman hanya untuk menguruskan badan dan bukannya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Senaman harus dilakukan selagi kte bernafas.  Apabila ia dijadikan tabiat, impian kte untuk mendapatkan kesihatan yang optimum tidak lagi menjadi masalah.

    p/s: tiap2 ari akdpt exercise kat bhgn lengan, sbb...tiap2 ari ak minum shake breakfast n lunch, so, sambil minum, sambil workout gne shaker bottle Herbalife..agaga~